Majlis pembukaan majlis dimulakan dengan pencak silat oleh murid-murid SK Gedangsa diikuti nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan doa oleh adik Hariri dari Tahun 6 Arif.
Bacaan watikah daripada Menteri Pendidikan telah disampaikan oleh En. Hamzah Salleh selaku Guru Besar SK Gedangsa dan diikuti amanat dari Ketua Pengarah Malaysia yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1, En, Mohamad Kosnan Sadri.
Nyanyian Kami Guru Malaysia dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa" telah disampaikan oleh semua guru SK Gedangsa. Nyanyian "Aku bagaikan Lilin" turut dinyanyikan murid bersama guru-guru.
Majlis telah dimeriahkan oleh permainan dalaman yang telah melibatkan semua guru. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
![]() |
Aktiviti berebut kerusi guru guru perempuan |
![]() |
Aktiviti berebut kerusi di kalangan guru lelaki |
![]() |
pertandingan mumia |
No comments:
Post a Comment