Monday, 12 June 2017

Majlis Perpisahan Cikgu Rusiah

Pada hari Jumaat, 26 Mei 2017 telah diadakan majlis ringkas perpisahan untuk Cikgu Rusiah binti Sanusi. Majlis ringkas ini telah diadakan untuk memberi peluang murid-murid SK Gedangsa bersalam salaman dengan cikgu Rusiah dan sedikit jamuan ringkas telah diadakan.

Puan Rusiah binti Sanusi mula berkhidmat di dalam bidang perguruan pada tahun 1984. Beliau mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gedangsa pada tahun 1998 sehingga 26 Mei 2017.

Selama 19 tahun berkhidmat di SKG beliau telah mengajar Bahasa Malaysia, Kemahiran Hidup sebelum beliau disalurkan kepada Pra sekolah.

Bergambar kenang-kenangan bersama GPK Kokurikulum, En Mohd Salleh

Sekitar majlis ringkas perepisahan Puan Rusiah

Bergambar kenang kenangan bersama warga SK Gedangsa

Sambutan Hari Guru 2017

Tanggal 16 Mei setiap tahun, seluruh negara menyambut Hari Guru. Seperti tahun sebelum ini, Sk Gedangsa telah mengadakan sambutan Hari Guru di dewan Dato'Rosni Sk Gedangsa.

Majlis pembukaan majlis dimulakan dengan pencak silat oleh murid-murid SK Gedangsa diikuti nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan doa oleh adik Hariri dari Tahun 6 Arif.

Bacaan watikah daripada Menteri Pendidikan telah disampaikan oleh En. Hamzah Salleh selaku Guru Besar SK Gedangsa dan diikuti amanat dari Ketua Pengarah Malaysia yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1, En, Mohamad Kosnan Sadri.

Nyanyian Kami Guru Malaysia dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa" telah disampaikan oleh semua guru SK Gedangsa. Nyanyian "Aku bagaikan Lilin" turut dinyanyikan murid bersama guru-guru.

Majlis telah dimeriahkan oleh permainan dalaman yang telah melibatkan semua guru. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.











Aktiviti berebut kerusi guru guru perempuan

Aktiviti berebut kerusi di kalangan guru lelaki

pertandingan mumia