Tuesday, 21 November 2017

Monday, 12 June 2017

Majlis Perpisahan Cikgu Rusiah

Pada hari Jumaat, 26 Mei 2017 telah diadakan majlis ringkas perpisahan untuk Cikgu Rusiah binti Sanusi. Majlis ringkas ini telah diadakan untuk memberi peluang murid-murid SK Gedangsa bersalam salaman dengan cikgu Rusiah dan sedikit jamuan ringkas telah diadakan.

Puan Rusiah binti Sanusi mula berkhidmat di dalam bidang perguruan pada tahun 1984. Beliau mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gedangsa pada tahun 1998 sehingga 26 Mei 2017.

Selama 19 tahun berkhidmat di SKG beliau telah mengajar Bahasa Malaysia, Kemahiran Hidup sebelum beliau disalurkan kepada Pra sekolah.

Bergambar kenang-kenangan bersama GPK Kokurikulum, En Mohd Salleh

Sekitar majlis ringkas perepisahan Puan Rusiah

Bergambar kenang kenangan bersama warga SK Gedangsa

Sambutan Hari Guru 2017

Tanggal 16 Mei setiap tahun, seluruh negara menyambut Hari Guru. Seperti tahun sebelum ini, Sk Gedangsa telah mengadakan sambutan Hari Guru di dewan Dato'Rosni Sk Gedangsa.

Majlis pembukaan majlis dimulakan dengan pencak silat oleh murid-murid SK Gedangsa diikuti nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan doa oleh adik Hariri dari Tahun 6 Arif.

Bacaan watikah daripada Menteri Pendidikan telah disampaikan oleh En. Hamzah Salleh selaku Guru Besar SK Gedangsa dan diikuti amanat dari Ketua Pengarah Malaysia yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1, En, Mohamad Kosnan Sadri.

Nyanyian Kami Guru Malaysia dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa" telah disampaikan oleh semua guru SK Gedangsa. Nyanyian "Aku bagaikan Lilin" turut dinyanyikan murid bersama guru-guru.

Majlis telah dimeriahkan oleh permainan dalaman yang telah melibatkan semua guru. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.











Aktiviti berebut kerusi guru guru perempuan

Aktiviti berebut kerusi di kalangan guru lelaki

pertandingan mumia





Wednesday, 26 April 2017

Singing and Tongue Twister Competition

Hari ini telah berlangsung pertandingan nyanyia dalam Bahasa Inggeris dan Tongue twister.
Pertandingan  yang dianjurkan sempena memenuhi aktiviti kokurikulum ini melibatkan murid Tahun 3 hingga 6.




Monday, 10 April 2017


En.Hamzah merasmikan Program Kepimpinan dan KM1M

Ahli Pusat Sumber Sekolah 


Barisan Pengawas dan guru

Barisan Pembimbing Rakan Sebaya

Barisan Bridged Siber dan Ketua serta Penolong Kelas

PROGRAM KEPIMPINAN dan KM1M

Rabu, 5 April 2017 telah berlangsung Program Kepimpinan dan KMIM di Sekolah Kebangsaan Gedangsa. Program kepimpinan ini telah disertai oleh Jawatan kuasa tertinggi yang terdiri daripada Kelab dan Persatuan serta Unit beruniform. Ia turut melibatkan semua ahli Pusat Sumber Sekolah, Bridged Siber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas dan Pengawas SKG. Program ini berlangsung di Dewan SKG, Pusat Akses dan Pusat Sumber Sekolah.
Pada masa yang sama, Program KM1M berlansung di surau yang terdiri daripada murid-murid yang tidak terlibat di dalam Program Kepimpinan. Kedua -dua program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gedangsa, En. Hamzah bin Salleh.



Friday, 31 March 2017

Majlis Program Hidup Harmoni Tanpa Dadah

Unit PPDa dan Kelab PPDa di bawah Unit Hal Ehwal Murid SK Gedangsa telah menganjurkan program HIDUP HARMONI TANPA DADAH bagi murid Tahun 4,5 dan 6. Program ini dianjurkan bersama pelajar UPSI Semester 5 (Bimbingan dan Kaunseling).

Program yang berlangsung pada 31 Mac 2017 ini bermula pada jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Pelbagai aktiviti sepanjang program ini telah disedia dan dilaksanakan oleh Fasilitator yang  terdiri daripada 5 pelajar UPSI Semester 5 (Bimbingan dan Kaunseling).

Fasilitator menerima sijil penghargaan daripada PK Kurikulum
Fasilitator menerima sijil penghargaan daripada PK Kurikulum





Fasilitator menerima sijil penghargaan daripada PK Kurikulum



MESYUARAT TAHUNAN PIBG BAGI SESI 2017

Mesyuarat tahunan PIBG SK Gedangsa telah diadakan pada 16 Mac 2017.  Hujan lebat pada hari tersebut telah menyebabkan mesyuarat yang sepatutnya bermula pada jam 2.30 petang telah ditunda kepada jam 3.00 petang.
     Selepas mesyuarat PIBG, Bantuan Kewangan Awal Persekolahan (BKAP) turut diserahkan kepada ibu bapa dan penjaga yang layak.



Di antara ibu bapa yang hadir

Guru yang ditugaskan untuk penyerahan BKAP