Tuesday, 28 February 2017

Perasmian Program Nilam

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Pada 23 Februari 2017, Perasmian Program NILAM peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Tn.Gruru Besar En.Hamzah bin Salleh.  Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.







Sunday, 26 February 2017

Lawatan Kesihatan

Lawatan kesihatan tahunan oleh Unit Kesihatan sekolah,Pejabat Kesihatan Kuala Kubu Bharu telah diadakan pada 6 Februari 2017. Lawatan yang telah mengambil masa selama 5 hari ini melibatkan pemeriksaan fizikal terutama kepada murid tahun 1 dan 6 serta pra sekolah. 
Pada lawatan ini juga, murid Tahun 1 diberikan suntikan imunisasi. Selain pemeriksaan fizik.al, murid pra sekolah turut didedahkan dengan penjagaan kebersihan diri melalui ceramah pendek oleh jururawat  yang bertugas.




murid Tahun 6 mendapatkan pemeriksaan kesihatan

Murid pra sekolah mendengar penerangan daripada jururawat yang bertugas

Pelancaran Jom ke sekolah

Pelancaran Jom ke sekolah peringkat Sekolah Kebangsaan Gedangsa telah diadakan pada 6 Februari 2017..







Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian

Unit Pergigian Sekolah dari Pejabat Kesihatan Kuala Kubu Bharu Selangor telah mengadakan pemeriksaan dan rawatan kepada semua murid SKG pada 1 Februari sehingga 16 Februari 2017.

Sesi pemeriksaan dan rawatan ini telah diadakan di Bilik Rawatan sekolah. Semua murid tidak terkecuali mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian. Lawatan pergigian yang diadakan setiap awal tahun  ini merupakan satu usaha pencegahan dan peningkatan kesihatan gigi di kalangan murid  murid SKG.


Karnival Minggu Panitia Pendidikan Agama Islam










Pada 23 Februari 2017 Panitia Pendidikan Agama Islam telah menganjurkan  pertandingan sempena Karnival minggu Panitia. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah:
Hafazan doa Qunut dan pengertian bagi murid Tahun 6. Pertandingan hafazan Surah al Adiat dan al Zalzalah bagi murid Tahun 5 manakala pertandingan Azan bagi murid lelaki Tahun 3 dan 4 dan pertandingan bacaan tahyat akhir bagi murid perempuan Tahun 3 dan 4.

Pertandingan ini diadakan pada sebelah petang dengan memenuhi program Persatuan/Kelab untuk aktiviti Kokurikulum. Sepanjang program, guru-guru telah memberikan sepenuh kerjasama.

Semua pertandingan ini diadakan di tempat yang berlainan seperti di surau, kelas,pusat akses dan dewan sekolah. Bagi murid bukan Islam, mereka telah mengikuti pertandingan Pendidikan Moral yang diadakan dalam Bilik Kesihatan.


Monday, 20 February 2017

Perhimpunan Bulanan Badan Uniform Februari 2017

Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform diadakan pada minggu ketiga setiap bulan. Pada bulan Februari perhimpunan ini telah diadakan pada 13 Februari 2017.
Perhimpunan pagi pada hari ini sepenuhnya telah dikendalikan oleh Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah. 
Perhimpunan seperti biasa dimulai dengan bacaan doa dan diikuti oleh Nyanyian Lagu Negaraku,Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. 
Wakil Unit Uniform Pengakap telah ditugaskan untuk menaikkan Jalur Gemilang manakala bendera Negri Selangor dinakkan oleh wakil dari Pertubuhan Puteri Islam Malaysia.
Seperti biasa pertandingan pasukan Badan Uniform terbaik, pakaian terbaik setiap badan uniform dan pakaian terbaik guru dipilih. Pada perhimpunan kali ini, tiada pemenang bagi pasukan beruniform terbaik. Pemenang kategori pakaian terbaik mengikut unit uniform adalah seperti berikut:
Pengakap - Mohd Ahnaf  (Tahun 5Arif)
TKRS - Nazreen Hazariq (Tahun 4Arif)
PPIM - Nureen Afina (Tahun 4Arif)
Guru - En. Abdul Hamid
Pengerusi Majlis dari unit TKRS- adik Ahmad Aiman Bazli (6Arif)







Persaraan Tn.Haji Mokhtar bin Hj Hussin

Persaraan  Guru Besar Tn Hj Mokhtar telah diadakan pada 6 Januari 2017. Majlis yang bertemakan klasik telah diilhamkan sepenuhnya oleh guru bahagian pentas yang diketuai oleh Pn. Suzielinda binti Tajuluddin.Majlis ini turut diraikan ADUN Hulu Bernam Dato'Hajjah Rosni binti Sohar,Pengetua dan Guru Besar Daerah Hulu Selangor.  Tn Haji Mokhtar mula berkhidmat di Sek. Kebangsaan Gedangsa pada tahun 2012. Majlis yang sepenuhnya mendapat kerjasama dari warga SKG ini berakhir pada jam 11.00 pagi.

Guru SKG yang berpakaian sedondon selaku pelaksana majlis

                   
Tn Haji Mokhtar dan isteri di bawa masuk ke perkarangan sekolah dengan menaiki beca yang dikayuh oleh cikgu Mustafa Kamal.



Bersama warga SKG dan tetamu sebelum memasuki perkarangan sekolah

Dipayungi GPK Kokurikulum En.Mohd Salleh bin Mislam di tapak kebun sayur SKG


Ketibaan yang diraikan dengan pencak silat oleh murid SKG

Begambar kenangan dengan Warga SKG


Bergambar kenangn di perkarangan masjid

Menunggu yang diraikan di perkarangan masjid sebelum di bawa menaiki beca ke sekolah